Hilir Sungai Gordon Sungai_Gordon

Air berwarna "teh cair" di Sungai Gordon

Empangan tambahan telah dicadang di bahagian hilir sungai tetapi rancangan ini digugurkan ekoran perubahan pandangan orang ramai. Secara khususnya, Empangan Franklin telah dicadangkan untuk dibina selepas simpang dengan Sungai Franklin, dan akan membanjiri kedua-dua sungai. Ia merupakan isu politik dan alam sekitar penting semasa tahun 1980-an.

Bahagian hilir Sungai Gordon adalah sebahagian daripada kawasan Warisan Dunia dan mengandungi hutan hujan cuaca sejuk dan pokok-pokok yang jarang ditemui. Sepertimana kebanyakan sungai-sungai lain di barat Tasmania, airnya adalah segar dan boleh diminum, tetapi airnya berwarna "teh-cair" di sebabkan menyerap tanin daripada rumput butang yang tumbuh di kawasan takungan.

Rombongan bot ke hilir Sungai Gordon bermula daripada Pelabuhan Macquarie popular dengan pelancong di Strahan.

Berkaitan